resepi ni sebenarnya ubahsuai daripada resepi2 yg ada dlm blog2 yg dibaca..
(boleh guna apa jenis pasta pon : spaghetti, makaroni,fusili, dll...)
bahan-bahan
- 3 cawan makaroni
- 150 g minced beef/chicken (potong dadu daging ayam fresh lagi sedap..)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
- 1 botol kecil sos spagetti
- sedikit sos cili
- sedikit sos tomato
- sedikit garam
- 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
- 2 cawan susu segar
- 1 sudu besar mentega
- sedikit lada sulah
- 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
- sedikit garam dan gula
- lain-lain : keju parut (mozarella) dan oregano
Cara-cara :
- Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
- Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
- Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
- Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
- Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
- Taburkan keju parut dan oregano.
- Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
OK kulaan semua, resepi dah ada, sila la cuba ek!

Sila cuba ya! Jangan plak nnt resepi ni tertempek je kat sini.. hehe. Len kali nak mai habaq dulu, bleh kita plan masak masakan kat kampung dulu-dulu yang kita sangat rindu nak makan K.
ReplyDelete