2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan ( d kisar )
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan _ d simpul
Cara²
- Cuci beras pulut... rendam beras pulut dengan air dan masukkan juga pewarna hijau & air kapur... Rendam selama 3 jam.
- Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.. Ketepikan.
- Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
- Lepas tu... masukkan santan dan air pandan.. kukus lagi selama 30 minit.
- Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.. Ambil pulut dan tekan padat² dgn plastik / daun pisang.
- Biarkan sejuk... Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa mengukus pulut.. boleh lah buat air gula. Masukkan semua bhn² dalam periuk... bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh d makan bersama pulut.
- *** Air gula nie b gantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan.. jika guna yang besar boleh lah d kurangkan.

No comments:
Post a Comment