Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 8, 2011

BINGKA TEPUNG BERAS


Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tepung Hoen Kue putih>>saya guna tpng jagung je
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam


Cara Membuatnya:



  • Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.

  • Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).

  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.

  • Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)

  • Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.
  • No comments:

    Post a Comment