Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 7, 2011

bubur candil

Baru buat jew bubur ni ari tu.. siap hantar gambor kat seantero duniya.. LIHATLAH DUNIYA... achik tak pueh ati kenapa namo eh bubur candil, kato dio ini wadai kipeng.. apa2 je la labuuu.. asal jadi sudaa..
                                           
     Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air+ jus pandan=utk uli tpng
  • sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara

  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air dan jus pandan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.                        (Thanks to yatiememories.. sodap..)

No comments:

Post a Comment